Loading...

Klip Video Windows 9 Tertitis

Sekitar dua minggu sebelum tarikh pertunjukan teknikal Windows 9 dijangkakan akan diperkenalkan, sebuah laman sesawang Jerman, WinFuture...


Sekitar dua minggu sebelum tarikh pertunjukan teknikal Windows 9 dijangkakan akan diperkenalkan, sebuah laman sesawang Jerman, WinFuture telah meniriskan screenshot dan video mengenai sistem operasi terbaru daripada Microsoft kepada umum.

Walaupun terdapat ketirisan ini, produk akhir sistem operasi yang diberi kod nama 'Threshold' oleh Microsoft ini mungkin berbeza daripada yang ditunjukkan semasa pertunjukan teknikal ini. Berdasarkan video yang dipamerkan di laman sesawang tersebut, Windows 9 akan diberi nafas baharu dengan start menu yang telah dikeluarkan semasa produksi Windows 8. 

Ciri 'Threshold' juga agak sama seperti Windows 8 dengan gabungan beberapa ciri yang sedia ada pada Windows 8.1 seperti start apps yang boleh dilancarkan di desktop dan antaramuka yang serupa. Lihat video di bawah untuk pengamatan penuh berkenaan preview teknikal Windows 9.





Windows 3568965331901746617

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang