Loading...

iOS 8 Wave adalah Palsu

Tahun lalu, pengguna 4Chan banyak memperkenalkan prank kepada pelbagai pihak termasuklah kepada pengguna Apple ketika pengenalan iOS 7 y...


Tahun lalu, pengguna 4Chan banyak memperkenalkan prank kepada pelbagai pihak termasuklah kepada pengguna Apple ketika pengenalan iOS 7 yang dikatakan mampu membuatkan peranti Apple yang dikemaskini akan menjadi kalis air.


Minggu ini, prank terbaharu mereka telah dibincangkan di forum perbincangan tersebut dan akhirnya, muncul idea untuk tipu daya keupayaan mencas peranti yang menggunakan iOS 8 secara wireless.

Idea ini akhirnya dinamakan Wave.


Mereka dengan aktif terus menyebarkan berita palsu ini kepada semua media sosial untuk menipu atau membuat prank kepada para pengguna Apple yang curiga atau tertarik dengan fungsi baharu ini yang kononnya peranti Apple yang dikemaskini dengan iOS 8 boleh dicas di ketuhar mikro!


Akhirnya, terdapat beberapa pengguna yang tertipu atau turut bermain menyebarkan berita palsu ini kepada orang ramai.

Ciri Wave pada iOS 8 adalah palsu. Sekiranya anda mempunyai keinginan terus mencubanya, lihatlah apa yang terjadi di bawah apabila 'Wave' diaktifkan di ketuhar mikro.


Berhati-hati dengan apa yang ada lihat dan baca di Internet.
Teknologi 8092740121318682655

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang