Loading...

Trailer Baharu GTA V Online Heist Ditayangkan

Sementara menanti debaran 27 Januari 2015 bagi pemain platform PC, Rockstar kembali memberikan keterujaan kepada para peminat dengan m...



Sementara menanti debaran 27 Januari 2015 bagi pemain platform PC, Rockstar kembali memberikan keterujaan kepada para peminat dengan mod online "Heists".


"Ianya lebih sukar daripada apa yang kami fikirkan pada asalnya," kata produser GTA Online, Imran Sarwar. "Salah satunya adalah ia tidak seperti misi "heist" seperti dalam Mod Story. Setiap pemain perlu memfokuskan kepada aksi setiap masa, dan ia lebih mencabar".


Di dalam mod "single player", pemain boleh menukar kepada karakter lain untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam fokus. Di dalam talian? Tidak semudah itu. Sarwar memberikan contoh sebagai pemandu kenderaan di dalam misi "heist", ia bukan setakat untuk mengarahkan pemain untuk duduk dan menunggu di kereta.


Ia akan melibatkan empat pemain untuk melakukan beberapa segmen misi berlainan dan menurut Sarwar, ia akan diketuai oleh seorang "heist leader" untuk membahagikan tugasan diantara setiap pemain untuk mencapai objektif.

Windows 174793418336098795

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang