Naik taraf ke Windows 10 secara percuma
Berita baik bagi semua pengguna Windows 7, Windows 8.1, dan peranti Windows Phone 8.1; Microsoft akan memberikan naik taraf percuma bagi...
https://kliknation.blogspot.com/2015/04/naik-taraf-ke-windows-10-secara-percuma.html

Berita baik bagi semua pengguna Windows 7, Windows 8.1, dan peranti Windows Phone 8.1; Microsoft akan memberikan naik taraf percuma bagi produk yang dinyatakan secara percuma bermula pada 29 Julai 2015 dengan syarat pengguna membuat tempahan percuma mereka yang boleh dibuat sehingga 29 Julai 2016 yakni setahun selepas ia telah dilancarkan.


Sekiranya anda layak mendapat naik taraf percuma ini namun tidak mendapat notifikasi atau pemberitahuan, anda boleh memuat turun secara percuma melalui kemaskini tetapan 'Windows Update' pada 'Control Panel'.
Harga runcit bagi Windows 10 adalah sama seperti Windows 8.1. Windows 10 Home adalah berharga $119.99 (RM454.56) dan Windows 10 Pro pada harga $199.99 (RM757.62). Manakala Windows 10 Pro Pack, yang membolehkan anda menaik taraf dari Windows 10 Home kepada Windows 10 Pro adalah pada harga $99.99.7 (RM378.79).
Sekiranya anda masih belum membuat kemaskini atau tempahan percuma ini, anda boleh berbuat demikian di sini.