Loading...

Le Petit Chef Project - Pemetaan hiburan 3D di meja makan

Projek 'Le Petit Chef' adalah projek pemetaan hiburan 3D yang direka oleh sebuah studio yang dikenali sebagai SkullMapping yang...


Projek 'Le Petit Chef' adalah projek pemetaan hiburan 3D yang direka oleh sebuah studio yang dikenali sebagai SkullMapping yang dijalankan oleh Filip Sterckx dan Antoon Verbeeck. 

Persembahan pancaran animasi 3D menggunakan projektor pada meja kosong sementara pelanggan menunggu hidangan mereka siap disediakan ini dikenali sebagai 'Le Petit Chef' yang menunjukkan empat orang chef kerdil yang seolah-olah keluar dari meja makan kemudian memasak hidangan ke atas setiap pinggan yang ada menggamit perhatian pengunjung restoran dalam video ini.

Menurut mereka, Le Petit Chef ini adalah satu ilustrasi kepada para pengusaha restoran dan orang lain mengenai penggunaan teknologi ini kepada sesuatu industri. 

Studio SkullMapping juga terlibat dalam pelbagai persembahan pancaran animasi 3D pada dunia sebenar yang amat menakjubkan hasil manipulasi pancaran projektor dan animasi 3D. Hasil kerja mereka yang lain dapat dilihat di laman sesawang mereka.
Teknologi 7220482336777399174

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang