Disebalik tabir pembikinan wallpaper Windows 10
Microsoft telah memuat naik video disebalik tabir pembikinan wallpaper bagi sistem operasi Windows 10 yang dijangka akan menemui penggun...
https://kliknation.blogspot.com/2015/06/disebalik-tabir-pembikinan-wallpaper.html

Microsoft telah memuat naik video disebalik tabir pembikinan wallpaper bagi sistem operasi Windows 10 yang dijangka akan menemui pengguna pada 29 Julai ini.
Proses pembikinan wallpaper ini telah dilakukan di San Francisco dengan menggunakan teknologi pemetaan kamera, projektor dan laser untuk menjayakannya. Di dalam proses ini, Microsoft telah membuat kolaborasi bersama pengarah rekabentuk yang berasal daripada San Francisco, Bradley G. Munkowitz atau dikenali sebagai GMUNK.
Pembikinan wallpaper ini kelihatan unik dan amat menarik dilihat terutamanya apabila pancaran laser dikenakan kepada medium berbentuk logo Windows.