Masalah Gangguan Kabel Bawah Laut AAG
Telekom Malaysia (TM) telah mengeluarkan tweet berkenaan masalah gangguan kabel bawah laut AAG yang menyebabkan kelajuan akses intern...
https://kliknation.blogspot.com/2014/09/masalah-gangguan-kabel-bawah-laut-aag.html

Telekom Malaysia (TM) telah mengeluarkan tweet berkenaan masalah gangguan kabel bawah laut AAG yang menyebabkan kelajuan akses internet yang lembap kepada beberapa laman web.

Menurut TM, masalah gangguan kabel bawah laut Asia America Gateway (AAG) menyebabkan degradasi data yang memberikan impak kepada pengguna internet di Asia Tenggara yang mengakses laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Nota: Kabel bawah laut AAG adalah kabel komunikasi bawa laut sepanjang 20,000-kilometer yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Utara, merentasi lautan Pasifik melalui Guam dan Hawaii.