Loading...

Konsep Trailer untuk Silent Hills

Sebuah trailer untuk permainan Silent Hill baharu telah ditayangkan di Tokyo Game Show dimana gabungan idea hebat pencipta permainan ...

Sebuah trailer untuk permainan Silent Hill baharu telah ditayangkan di Tokyo Game Show dimana gabungan idea hebat pencipta permainan 'Metal Gear Solid' , Hideo Kojima dan direktor Guillermo del Toro telah berjaya menarik perhatian dan dalam pada masa yang sama memberikan impak 'menakutkan' kepada para bakal pemain serta penonton trailer ini.

"Kami  berbincang mengenai konsep dan peralatan di ibu pejabatnya di Tokyo," kata del Toro di sebuah rancangan (sumber: IGN). "Kemudian beliau menghantar kepada saya versi pertama teaser tersebut. Saya menonton dan menyukainya. Kami kemudiannya... bertukar idea dan hasilnya adalah teaser yang anda lihat sekarang... Konsep yang kami bincangkan, idea yang kami bincangkan dan peralatan yang digunakan untuk membuat Silent Hills akan penuh dengan debaran dan menjadi permainan yang sangat menakutkan."

Anda boleh melihat trailer untuk Silent Hills hasil idea mereka di bawah namun begitu anda digalakkan untuk tidak melihatnya sekiranya lemah semangat atau mempunyai sebarang tentangan kepada imej yang menakutkan.

Pelakon "The Walking Dead", Norman Reedus akan membintangi permainan ini sebagai watak utama. Silent Hills dijangka akan dikeluarkan pada 2016 untuk konsol PlayStation 4.

Permainan 5366603729263499971

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang