Loading...

Perkara Penting Perlu Anda Lakukan Sebelum Mengemaskini ke iOS 8

Apple telah melancarkan iOS 8 untuk iPhone dan iPad pada hari Rabu yang lalu, namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu anda la...


Apple telah melancarkan iOS 8 untuk iPhone dan iPad pada hari Rabu yang lalu, namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum mengemaskini perisian peranti Apple anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan daripada berlaku.

Membuat Salinan Data
Salin semua data anda ke iCloud atau ke dalam komputer anda secara manual. Sekiranya anda mempunyai perisian iOS 5 atau ke atas, Apple pada kebiasaannya akan menyimpan data penting anda ke iCloud secara automatik, namun ciri sedemikian perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Mengaktifkan salinan atau "Back up" secara automatik ke iCloud
Untuk mengaktifkan salinan data secara automatik, ketik pada Settings > iCloud > Backup & Storage. Ciri ini akan membolehkan peranti anda untuk menyalin data sebagai simpanan pada setiap hari apabila peranti dengan jaringan Wi-Fi tidak digunakan dan sumber kuasa disambungkan ke peranti.

Sekiranya anda bimbang dengan fungsi salinan data secara automatik ini tidak menyimpan dengan lengkap fail yang anda mahukan atau prihatin terhadap privasi anda, anda boleh membuat salinan data secara manual. Langkah ini amat disyorkan untuk memastikan tidak ada sebarang kesulitan berlaku apabila anda mengemaskini ke iOS 8.

Membuat salinan atau "Back up" secara manual ke iCloud
Langkah untuk membuat salinan manual agak serupa dengan salinan data secara automatik. Untuk melaksanakannya, klik pada Settings > iCloud > Backup & Storage kemudian buat pilihan pada "Back Up Now."


Proses menyalin ini mengambil masa yang agak lama (satu hingga beberapa jam bergantung pada jumlah fail) dan anda dinasihatkan untuk bersabar dan pastikan bateri pada peranti anda mencukupi dan sumber kuasa disambungkan untuk mengelakkan sebarang gangguan. 

Sekiranya anda telah mencapai had ruang menyimpan pada akaun iCloud anda, Apple akan memaklumkan anda bahawa salinan ke ruang simpanan di dalam akaun anda telah penuh dan proses tidak dapat dilakukan. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat salinan fail (terutamanya gambar) anda ke dalam komputer dengan menggunakan wayar sambungan, memadam perisian aplikasi atau fail-fail muat turun yang anda tidak gunakan. 
Teknologi 273558997624754966

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Iklan Tajaan

Kerap Dibaca

Pilihan Rawak

Akan datang