Minecraft: Windows 10 Edition Beta bakal diperkenalkan
Versi baharu Minecraft akan diperkenalkan khusus untuk sistem operasi terbaru daripada Microsoft, Windows 10 yang akan dilancarkan pada ...
https://kliknation.blogspot.com/2015/07/minecraft-windows-10-edition-beta-bakal.html

Versi baharu Minecraft akan diperkenalkan khusus untuk sistem operasi terbaru daripada Microsoft, Windows 10 yang akan dilancarkan pada 29 Julai ini. Versi baharu permainan yang dimainkan oleh 20 juta pemain di seluruh dunia bagi versi PC ini bakal dikenali sebagai Minecraft: Windows 10 Edition Beta.
Menurut Mojang iaitu pembangun Minecraft telah mengumumkan bahawa pada pengguna Windows 10 boleh memuat turun Minecraft: Windows 10 Edition Beta daripada Windows 10 Store secara percuma. Para pengguna lain pula boleh membelinya pada harga $10 (RM37.88) semasa tempoh beta (jangka masa pada tempoh beta masih belum ditetapkan).
Mojang turut menyatakan bahawa terdapat ciri-ciri baharu pada Windows 10 Edition Beta antaranya pemain boleh bermain dalam talian sehingga 7 pemain lain melalui Xbox Live dan bermain bersama pemain Pocket Edition.
Minecraft terdapat dalam versi Windows, Mac, Windows Phone, iOS, Android, Xbox 360, Xbox One, PS3, PS4 dan PS Vita, dan kini, Windows 10. Setiap versi permainan ini adalah tidak sama pada setiap versi peranti namun kesemuanya mempunyai dua mod permainan yang sama iaitu Creative dan Survival yang menyokong ciri permainan multi pemain.