Windows 10 pada 29 Julai ini hanya untuk Windows Insiders
Windows 10 akan dilancarkan kepada pengguna pada 29 Julai ini namun hanya terhad kepada 5 juta golongan pengguna ' Windows Insiders...
https://kliknation.blogspot.com/2015/07/windows-10-pada-29-julai-ini-hanya.html

Windows 10 akan dilancarkan kepada pengguna pada 29 Julai ini namun hanya terhad kepada 5 juta golongan pengguna 'Windows Insiders'.
Terry Myerson, Timbalan Presiden Eksekutif Sistem Operasi Microsoft telah mengeluarkan kenyataan ini melalui pos blog beliau bahawa sistem operasi terbaru daripada syarikat itu hanya akan tersedia kepada kira-kira 5 juta pengguna 'Windows Insiders'. Beliau menyatakan bahawa ia adalah bertujuan untuk menyediakan Windows 10 ini sebelum diagihkan secara percuma kepada pengguna yang layak dalam memastikan kualiti sistem operasi yang telah dilancarkan adalah stabil dan dalam keadaan terbaik kepada pengguna.
"Para pengguna yang telah membuat tempahan akan beransur-ansur diberikan notifikasi selepas 29 Julai." kata beliau.
Sekiranya anda belum membuat tempahan secara percuma Windows 10 ini, anda boleh berbuat demikian sehingga 29 Julai 2016.